SEJARAH SEKOLAH



Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1941, iaitu sebelum perang dunia  ke-2. Pada awalnya murid-murid seramai 25 orang menumpang sebuah rumah papan kepunyaan pihak Ladang Sri Gading. Keluasannya 35 kaki x 22 kaki.
            Guru Besar pertama sekolah ini ialah En.Ranganathan dan dibantu oleh seorang  guru penolong iaitu En.Raman.
            Pada tahun 1964, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru yang keluasannya 57” x 27” yang mengandungi 3 kelas. Ia dibina di atas tanah milik ladang seluas lebih kurang sekar.

 Pada tahun 1985, sekolah ini mendapat peruntukan  melalui bantuan modal sebanyak RM30,000.00 untuk membina bangunan baru. Bangunan ini dibina daripada batu keseluruhannya dan keluasannya ialah 7m x 19m. Bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah bilik Guru Besar. Jumlah murid ketika itu ialah seramai 49 orang murid serta 5 orang guru termasuk
Guru Besar.
            Sebaik sahaja bangunan siap, murid-murid telah dipindahkan ke bangunan baru. Bangunan lama telah dijadikan  bilik sumber/perpustakaan, bilik RMT, bilik Kemahiran Hidup dan stor.
 
Pada tahun 1990, bangunan tersebut telah diperbaiki melalui peruntukan yang diberikan oleh Wakil Rakyat. Peruntukan yang diberikan sebanyak RM30,000.00. Melalui peruntukan ini dinding bangunan telah diganti dengan simen dan nako. 

Pada tahun 2002, sebuah kantin dibina dengan peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM20,000.00. Pada tahun yang sama, dua buah bilik darjah telah dibina dengan peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM30,000.00.


Pelajar-pelajar di sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak pekerja ladang. Jumlah murid semakin berkurangan disebabkan oleh pihak ladang tidak lagi mengusahakan tanaman pokok getah dan menukarkannya kepada tanaman kelapa sawit,di mana ramai keluarga India hilang pekerjaan dan terpaksa berhijrah ke tempat lain.
            Pada tahun 2010 sebuah bilik darjah tambahan telah dibina dengan peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM30,000.00 dan RM10,000.00 untuk peralatan bilik darjah. 


Pada tahun 2011, sebuah garaj kereta untuk guru-guru dan beberapa baik pulih bilik darjah telah dilaksanakan dengan peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM20,000.00. Tambahan lagi, peruntukan sebanyak RM10,000.00 telah dibekalkan untuk beberapa kelengkapan pejabat dan bilik guru. Kini (2012) sekolah ini mempunyai murid seramai 20 orang serta 12 orang guru.


BILANGAN MURID & BILANGAN GURU
TAHUN
MURID
GURU
1980
49
5
2000
42
5
2010
32
11
2012
20
12

SENARAI BEKAS GURU BESAR
TAHUN
NAMA GURU BESAR

En.Renganathan

En.Joseph

En.G Rajamanikkam

En.A.Thandavan
1963 - 1981
En.S.Annamalai

En.Abu Bakar Bin Kadir

En.R.Kuppusamy
1987 - 1993
En.M.Perumal
1998
En.M.Arjunan
1998
En.R.Vengadesan
1998 - 2000
En.S.Supramaniam
2000
En.Arumugam Nalli
2000 - 2001
En.Macap
2001 - 2003
En.K.Perienbam
2003 - 2004
Pn.K.Sarojini
2004 - 2008
Pn.A.Amirtha
2008 - kini
Pn.A.Rathinakalaimani


PENCAPAIAN SEKOLAH :
1.    2008 (Menyertai National Level Science Fair 2008)
2.    2008 (pelajar pertama Eqwin A/L Joseph mendapat 7A dalam UPSR)
3.    2009 (pelajar seterusnya Navinkumar A/L Mayilvaganam mendapat 7A dalam UPSR)
BEKAS PELAJAR YANG MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH
1.    Pn.Saraswathy (Guru)
2.    En.Sivapragasam (Guru)
3.    En.Vijayan (Guru)
4.    En.Prabagaran (Guru)
5.    En.Balachandran (Guru)
6.    En.V.Jayaganesan (Guru )
7.    En.Nirmalkumar (Guru)
8.    En.Premkumar (Guru)
9.    En.S.Chandrasegaran(Doktor)
En.P.Ramachandran [ Pegawai keselamatan industri,(Ketua PIBG sekolah)]

ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH SEKOLAH
1.    Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009 Daerah Batu Pahat
2.    Anugerah Kecemerlangan UPSR 2010 Daerah Batu Pahat






1 comment: